USIA ZURIATKU

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, July 25, 2012

IBU KITA SEBENARNYA PENIPU???



Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. 


PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA. 
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil.. saya lahir sebagai seorang anak  dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." 


PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA. 
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." 


PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA. 
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." 


PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT. 
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" 


PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA. 
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." 


PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM. 
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" 


PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.  
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." 


PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN 
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . 




Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.


Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. 


Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu 
"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :(

ADAKAH KITA ANAK YANG BAIK???


Video yang saya hasilkan sambil bergenang air mata.... 




taknak komen apa2.. terima kasih buat Emak dan Ayah yang jadi ilham untuk hasilkan video ni..
"EDDY sayang Emak dan Ayah..!!!!"

Sunday, May 13, 2012

HADIAH KETABAHAN SEORANG IBU!! SELAMAT HARI IBU EMAK!!



KISAH BERMULA bila... 

Emak mengadu sakit perut.. sakit teramat sangat..Aku dukung emak segera kedalam kereta.. bawa ke HOSPITAL.. (emak tergamam tak sangka anak yang dia dukung dulu mampu dukung ibunya semula)..Di HOSPITAL.. Luluh Hati bila disahkan doktor EMAK menghidapi KANSER RAHIM tahap 4 (stage c).. EMAK yang mendengar pengesahan DOKTOR juga Nampak mula muram..

Sunyi seketika rasa dunia.. Dunia yang penuh warna-warni dengan ADIK, KAKAK dan ABANG yang selalu berjenaka terus terasa sunyi… (termasuk ‘perli’ EMAK bila EMAK sebut UNDERWAY!!…sepatutnya ON THE WAY... hehe) ..AYAH masih nampak TABAH diriak wajahnya.. tapi jauh disudut hati, aku tahu kali ini  KETABAHAN ayah sedikit tergugat.. wajahnya tak SETABAH ketika ayah bersusah payah mencari rezeki mebesarkan 8 orang anaknya berbekalkan PENYAPU untuk membersihkan habuk dikilang simen (mungkin ni la sebab ayah kini ada ASMA) … EMAK pula dulu tak henti membantu ayah mencari rezeki.. masih terbayang di memori ingatan ni saat diriku masih kecil dan ditempatkan didalam ‘bakul besar’ sambil melihat EMAK menggosok pakaian sebagai salah satu tugasan bekerja di kedai DOBI..


Pembedahan pertama dijalankan… TERIMA KASIH BUAT SEMUA yang memberikan sokongan.. saudara-mara.. jiran-jiran.. kawan-kawan.. dan termasuklah yang berikan sokongan di WALL FB.. hampir 9 jam baru mak keluar dari bilik pembedahan… Emak masih belum sedarkan diri.. L AYAH pula setia masih ingin menunggu di HOSPITAL walaupun kami adik-beradik pujuk ayah balik berehat…ALHAMDULILLAH… Keesokkan harinya mak sedar tapi lemah sangat… masih dalam CCU (lagi kritikal dari ICU).. kami dapat giliran jumpa mak sebab hanya 2 orang boleh melawat dalam satu masa.. masa turn saya… sempat salam, peluk dan cium EMAK.. masa salam tangan EMAK, dia genggam tangan taknak lepas.. matanya seolah memanggil nak berbisik sesuatu (mulut mak tak boleh bercakap kuat sebab masih ada 'cawan' oksigen)… mak berbisik “EMAK nak makan gula-gula dan minum air boleh.. tekak EMAK kering sangat…” ..sedangkan DOKTOR PESAN mak perlu BERPUASA seketika… LAWATAN PERTAMA tu tak dapat aku turutkan permintaan emak demi nasihat DOKTOR..(HATI Berlalu kecewa.. gula-gula dan air mineral pun tak mampu aku turutkan… L)  masuk LAWATAN KEDUA.. EMAK merajuk taknak paling pun kat aku.. L muka emak kecewa sangat mungkin sebab tak dapat gula-gula dan air yang dihajati.. waktu tu aku pun bincang dengan AYAH.. jadi AYAH kata kita bagi je.. tapi jangan banyak-banyak dan yang penting jangan bagi tau Doktor.. (mungkin AYAH lebih tahu apa yang EMAK perlukan).. Dalam hati ini pun terdetik GEMBIRA sebab mampu juga turutkan hajat mak nak gula-gula dan air tu.. MASUK lawatan ke tiga, EMAK kembali lebih ceria.. J mak siap senyum GUMBIRA.. mana taknya.. rupa-rupanya EMAK bukan takat dapat merasa.. tapi siap berjaya mencairkan hati AYAH hingga  EMAK dapat simpan STOK gula2 bawah BANTAL.. ish3x…. takperla.. asalkan mak gembira.. (dalam hati tetap risau AMARAN Doktor.. sebab pembedahan melibatkan USUS dan RAHIM…. L)


Mingu demi Minggu berlalu.. masuk bulan ke-2  mak masih di HOSPITAL yang kini jadi rumah ke dua kami.. melengkapkan RAWATAN termasuklah rawatan yang paling mencabar “KIMOTERAPI”….  Pernah satu tahap (ketika pusingan 3 ‘kimoterapi’) mak dah tak mampu bercakap kerana ULSER yang sangat bayak dimulut.. MAK tak mampu MINUM.. apatah lagi MAKAN.. waktu tu. Kami adik beradik ikhtiar bawak macam-macam makanan untuk cuba.. termasuklah MAKANAN SEGERA semua mak tolak mentah2.. badan mak makin susut…  mungkin MOTIVASI emak semakin merosot.. mana tidaknya.. kulit EMAK berubah warna  bagai kesan terbakar, kuku berubah hitam… rambut gugur kesemuanya.. dapat aku bayangkan betapa panasnya tubuh EMAK menahan rawatan KIMOTERAPI.. ditambah pula EMAK terpaksa menggunakan bag KOLOSTOMI di perut (untuk salur keluar najis besar) sepenuh masa. Nyata EMAK memerlukan ketabahan.. berbagai janji kami taburkan untuk kembalikan semangat EMAK… hati makin RISAU… salah satu MANIFESTO aku ialah:“MAK.. kalau mak sihat EDDY janji akan bawa EMAK dan AYAH naik kapal terbang kita pergi SABAH atau SARAWAK.. naik kapal terbang nak tak? (walau dalam hati terdetik nak janjikan pakej HAJI atau UMRAH.. namun kemampuanku terbatas.. L)”  kenapa kapal terbang? Sebab emak pernah cakap pada aku.. “merasa juga anak emak naik kapal terbang… mesti best kan…”MAK bagi feedback sedikit positif (senyum tapi sikit sangat).. then adik beradik lain tambah juga janji-janji lain.. akhirnya dari keinginan untuk makan “KENTANG PUTAR KFC..”, emak kembali selera makan sedikit demi sedikit.. dan AKHIRNYA pulang ke rumah… adik ku hadiahkan mak AIR-COND untuk kurangkan perasaan panas dalam tubuh mak.. mak makin gembira.. 

Antara hadiah untuk EMAK.. Teater NATRAH di Istana Budaya


TAK sampai 2 minggu dirumah.. mak DEMAM panas.. kami syorkan EMAK ke HOSPITAL.. Mak menolak! Dia kata demam biasa je.. takper.. dia boleh tahan… (dalam hati kami tahu EMAK taknak ke hospital kerana hanya 1 minggu je lagi nak sambut RAYA AIDILFITRI, maka pastinya mak ingin beraya di RUMAH)..  tapi doktor dah bagi AMARAN, demam adalah tanda tidak baik bagi RAWATAN emak.. perlu segera di rujuk semula ke HOSPITAL.. MAKA kali ini PENDIRIAN emak terpaksa kami tolak! DEMI KAMI SAYANGKAN EMAK!.. seperti dijangka EMAK ditahan dihospital.. dan ditahan sehingga AILDILFITRI.. L

Berbuka Puasa di HOSPITAL dengan EMAK!! :)

ALHAMDULILLAH.. kami adik beradik termasuk kakak dan abang ipar BERPAKAT untuk BERAYA di HOSPITAL (tanpa berkira turn balik kg MErtua masing2 J) demi memberikan KEKUATAN untuk EMAK.. Nyata mak gembira dengan KEPUTUSAN KAMI.. EMAK seronokkkkk sangat pagi tu.. MERIAH SATU WAD dengan kehadiran keluarga besar kami .. (19 orang termasuk anak, menantu dan cucu-cucu).. ditambah lagi SOKONGAN sanak saudara dari kampung yang turut turun ke KL untuk beraya dengan EMAK.. 

Anak dan Menantu PEREMPUAN EMAK di pagi RAYA!!



ITULAH antara CABARAN yang EMAK perlu tempuhi yang mampu aku coretkan.. walau pada hakikatnya masih banyak yang tertinggal.. ALHAMDULILLAH.. EMAK makin PULIH.. dari bergerak menggunakan kerusi roda.. mak mampu berjalan gunakan TONGKAT .. kini mak sudah mampu berjalan selesa Cuma TERHAD (sebab cepat LETIH)… aku harap EMAK terus POSITIF dan terus SIHAT…MAKA HARI INI.. AKU nak ucapkan“SELAMAT HARI IBU EMAK!!!! EMAK TETAP SELAMANYA DI HATI!! JASA EMAK BESARKAN KAMI TAKKAN KAMI LUPAKAN!!! EMAK LAH IBU TERBAIK DI DUNIA!!! Dengan cium dan peluk sekali!!!! J”Turut disertakan HADIAH HARI IBU UNTUK EMAK : "PAKEJ LAWATAN KE KOTA KINABALU selama 3 hari 2 malam!!!!! Oktober 2012 ini!!! Tiket dah book nama EMAK dan AYAH dah!!!!”seperti yang eddy janjikan dulu.. :)

Emak 2008 (semasa sihat) :)


2011



EMAK di hari BAHGIAKU! 2011


adik2 bawa EMAK jalan-jalan sempena HARI IBU 2012

 VIDEO hasil nukilan ku hasil ILHAM dari wajah seorang IBU .. :)
 SEKIAN... :)

Monday, April 23, 2012

CERITA UNTUK BAKAL ZURIATKU...



"MENANTI KELAHIRAN MU"



Tiada khabar lebih indah, Tidak tergambar indahnya senyuman, 
Bila tahu kamu kini di dalam rahim ibumu… 
Tiada kata lain mampu terucap selain kalimah syukur, 
Tatkala ibumu disahkan hamil atas ‘perbuatanku’… 

Ibumu mual, pening dan loya… 
Kadang hanya sempat merasa nikmat makanan seketika cuma… 
Ibumu semakin kerap ke ‘bilik rehat’.. 
Ini semua mungkin kamu tidak tahu… 

Ibumu makan pelbagai pil tambahan… 
Ibumu kesana-kesini berbekal ‘buku merah’… 
Ibumu disuntik jarum dibahu… 
Ini juga mungkin kamu tidak tahu..


Kamu semakin membesar di dalam Rahim ibu… 
Dari tidur ibumu selesa.. bertambah alas bantal dibelakang pinggang ibumu.. 
Minyak ‘yuyi’ berbotol habis buat melegakan pinggang ibumu… 
Ini juga mungkin kamu tidak tahu… 

Malam semalam ibumu terjaga lagi diawal pagi..
Makin dekat waktu kelahiranmu, makin TABAH Ibumu bertahan…


Kini menghitung hari menanti kan kelahiranmu.. 
Abah harap kamu bakal jadi anak yang baik… 
Biar bukan untuk abah! Tapi sekurang-kurangnya untuk IBUMU.. 

Kerana ABAH berjanji pada IBUMU.. 
KAMU WAJIB BACA KISAH INI KALAU KAMU LUKAKAN HATI IBU…!!!

“SYURGA ITU DITELAPAK KAKI IBU…. DAHULUKAN IBUMU JIKA KAMU JIKA INGIN BERTERIMA KASIH.. ABAH AKAN SENTIASA FAHAM UNTUK IBUMU LEBIH DIDAHULUKAN ..”



NUKILAN : EDDY AZUAN SENIN@Abah..